Soal selidik di bawah akan membantu anda mengenali warna hidup anda. Pilih Ya atau Tidak Selamat mencuba..
1) Saya sentiasa mengambilkira akibat setiap tindakan yang saya buat.
2) Saya amat jarang untuk berasa belas kasihan.
3) Saya mahu tinggal dalam kehidupan yang bermakna.
4) Saya seorang yang tabah dan berusaha untuk mencapai matlamat saya.
5) Saya seorang yang bercita-cita dan berusaha untuk menjadikannya kenyataan.
6) Saya mahu memiliki sedikit magik dan misteri dalam hidup.
7) Saya seorang yang aktif dan sukakan perkara baru serta perubahan.
8) Setia hari saya menilai diri saya dan
9) Saya gemar bersendirian.
10) Saya seorang yang dapat menerangkan dengan baik idea-idea saya.
11) Saya seorang yang tenang dan mengelak dari pergaduhan.
12) Saya bangga dengan apa yang saya buat dan
13) Saya seorang yang bersemangat.
14) Saya gemarkan permainan yang mencabar.
15) Saya seorang yang spontan.
Warna hidup anda adalah biru – merah – kuning – hijau – ungu. Jom semak..
Biru
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 1,9 dan 11, anda memerlukan lebih ketenangan dalam hidup anda. Anda mungkin seorang yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk diri anda. Ini menyebabkan anda kurang bersemangat dan lebih kerap berasa kecewa dalam sesuatu situasi. Dengan menambahkan lebih banyak warna biru dalam persekitaran anda, menghasilkan perasaan yang lebih tenang yang akan mengseimbangkan hidup anda yang aktif. Biru bermain dengan perasaan anda supaya aktiviti anda lebih berfokus dan efektif dalam mencapai matlamat anda.
Merah
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 3, 7 dan 14, anda memerlukan lebih banyak tenaga dan action dalam hidup anda. Anda mempunyai impian dan kemahuan tetapi anda kekurangan tenaga untuk merealisasikannya. Anda mungkin seorang yang bijak dengan bercita – cita tinggi tetapi anda kehilangan minat dan anda lebih tertarik kepada perkara lain. Tambahkan sedikit merah dalam hidup anda untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti dan tenaga. Merah adalah warna keghairahan.
Kuning
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 5, 10 dan 15, anda seorang yang kurang kreatif dan memerlukan lebih banyak tenaga intelektual dalam hidup anda. Anda mungkin adakalanya merasakan kekosongan. Anda mungkin seorang yang energetic tetapi pada penghujung hari anda merasakan anda tidak mendapat kepuasan daripada apa yang anda lakukan pada hari tersebut. Anda merasakan hidup anda membosankan dan anda kehilangan fokus. Kuning akan meransang pemikiran anda dan membuatkan permainan hidup anda lebih menarik.
Hijau
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 2,4 dan 12, anda amat memerlukan keharmonian dalam hidup anda. Anda merasakan orang dan persekitaran di sekeliling anda adalah pelik. Anda juga mudah terpengaruh dengan orang lain dan ini akan memesongkan anda daripada pilihan anda sendiri. Ini menunjukkan anda kekurangan self respect dalam diri anda. Gunakan hijau untuk melahirkan keseimbangan, pembelajaran dan keharmonian. Hijau melambangkan kesuburan dan semulajadi. Anda perlu menyerlahkan kemampuan anda untuk belajar perkara yang baru dan mengseimbangkan arah hidup anda yang menentukan keinginan anda.
Ungu
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 6, 8 dan 13, anda perlukan perasaan kerohanian yang lebih baik ke dalam hidup anda. Anda merasakan kurang rehat, tidak lengkap dan tidak gembira. Anda mudah marah dan emosi. Kerohanian adalah asas kepada segala impian dan matlamat anda untuk menjadi kenyataan. Ia adalah asas kepada kebahagian yang berpanjangan. Ungu adalah warna yang sangat berkuasa.
Warna bunga??
Pernahkah anda menerima bunga daripada pasangan anda? Ini juga merupakan salah satu tingkahlaku bukan lisan yang ditunjukkan oleh pasangan anda dalam meluahkan perasaan mereka. Hati anda mungkin sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.
Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.