Komunikasi warna merupakan salah satu komunikasi bukan lisan yang berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedari. Menurut (Kanner,1989), komunikasi warna juga mempengaruhi persepsi dan tingkahlaku kita. Contohnya dalam pemilihan untuk membeli pakaian. Selain melihat kepada design pakaian tersebut, perkara pertama yang kita akan ambil kira adalah warna pakaian tersebut. Ini kerana pemilihan warna boleh menyebabkan sesorang itu kelihatan kurus atau gemuk. Selain itu, terdapat juga bukti menunjukkan bahawa warna juga mempengaruhi psikologikal manusia. Contohnya, pernafasan akan meningkat apabila terdedah kepada cahaya merah dan menurun apabila terdedah kepada cahaya biru.