CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Kepentingan Dan Kebaikan Mendengar

Check out this SlideShare Presentation:

Kemahiran Spesifik

Check out this SlideShare Presentation:

video presentation

Pengenalan

Komunikasi warna merupakan salah satu komunikasi bukan lisan yang berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedari. Menurut (Kanner,1989), komunikasi warna juga mempengaruhi persepsi dan tingkahlaku kita. Contohnya dalam pemilihan untuk membeli pakaian. Selain melihat kepada design pakaian tersebut, perkara pertama yang kita akan ambil kira adalah warna pakaian tersebut. Ini kerana pemilihan warna boleh menyebabkan sesorang itu kelihatan kurus atau gemuk. Selain itu, terdapat juga bukti menunjukkan bahawa warna juga mempengaruhi psikologikal manusia. Contohnya, pernafasan akan meningkat apabila terdedah kepada cahaya merah dan menurun apabila terdedah kepada cahaya biru.

Warna Sebagai Media Komunikasi

Banyak cara digunakan manusia untuk berkomunikasi atau mengemukakan apa yang ingin disampaikan kepada orang lain. Berbicara/ kata-kata, gambar, simbol, tulisan, bahasa isyarat dll, merupakan cara untuk berkomunikasi antara manusia. Namun, manusia mempunyai cara lain yang unik untuk berkomunikasi, sesuai dengan budaya masing-masing. Misalnya bunga sering dipakai untuk mengekspresikan suatu perasaan cinta dan kasih sayang Demikian juga dengan warna sering dipakai untuk mencerminkan sesuatu maksud tersirat yang ingin dikomunikasikan.

Kenali Warna Anda

Warna dapat menenangkan dan membuat kita santai; mereka dapat membangkitkan energi, membuat kita aktif dan menyegarkan. Warna-warni dapat menyembuhkan, menambah semangat, memulihkan dan menyeimbangkan.
Hubungan antara prefensi warna dengan keperibadian, boleh dilihat dari warna-warna dominan. Misalnya orang yang senang warna cerah biasanya orangnya energik dan kelihatan selalu ceria. Tapi, kurang tepat juga menilai keperibadian seseorang berdasarkan warna kegemaran sahaja. Sifat manusia banyak sekali. Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti. Berikut merupakan beberapa maksud warna asas yang dikaitkan dengan peribadi seseorang :


Merah: Kemasyhuran, asmara, sukses, kemenangan, keberanian, kebahagiaan.

Hijau : Kesuburan, keremajaan, penghargaan, kesegaran.

Ungu : Kesedihan, kesendirian, kebangsawanan.

Biru : Kesetiaan, renungan, ketenangan, kebenaran, idealisme tinggi.

Merah Muda : Cinta yang lembut, kasih anak (perempuan), kasih sayang

Biru Muda : Kasih anak (laki-laki)

Emas : Keagungan

Hitam : Kesucian, kejujuran, damai, kematian, ketidakbahagiaan.

*Sumber : Krisnawati, Christina, Terapi Warna dalam Kesehatan, Curiosita, Yogyakarta , 2005

Warna Dan Psikologi

Berikut pula adalah huraian tentang erti dan respon psikologinya menurut Max Luscher, seorang psikologi asal Swiss.


Hitam
Warna hitam adalah lambang kematian. Kebanyakan bangsa-bangsa di dunia mengenakan pakaian warna hitam pada waktu upacara kematian. Hitam sendiri mempunyai tafsir yang sangat banyak karena warna ini merupakan kombinasi dari semua warna. Yang paling umum dari pemaknaan warna hitam adalah kesan misterius. Dalam filem-filem fiksyen, hantu, penyihir, dan mahkluk jadi-jadian sering digambarkan dengan kostum dan atribut yang serba hitam.
Respon Psikologi: Power, Seksualiti, Kecanggihan, Kematian, Misteri, Ketakutan, Kesedihan, Keanggunan.

Jingga
Warna jingga sesuai untuk meningkatkan komunikasi kerana membawa keceriaan, kegembiraan kreativiti, ambitious dan rasa humor. Selain itu warna jingga juga memberikan rasa hangat dan menciptakan atmosfera yang akrab pada ruangan. Kerana sifatnya tadi, warna jingga amat sesuai jika digunakan diruang keluarga dalam rumah untuk memberikan rasa hangat dan akrab. Dapur dan ruang makan kita juga sesuai jika diberi warna jingga kerana boleh membangkitkan selera.
Warna jingga di ruang kerja boleh meningkatkan kreativiti dan semangat kerja. Konsentrasi juga boleh ditingkatkan dengan warna jingga menjadi warna utama di ruang belajar. Warna jingga juga bermanfaat bagi ibu menyusui kerana meningkatkan produksi air susu. Namun patut diperhatikan pemakaian warna jingga yang berlebihan boleh menyebabkan tingkahlaku yang tidak bertanggung jawab, rasa resah dan gelisah.

Respon Psikologi: Energy, Keseimbangan, Kehangatan.

Cokelat
Warna cokelat adalah warna yang kesannya paling dekat dengan bumi sehingga membuat kita merasa dekat. Cokelat bisa menjadi sumber energi yang konstan, serta membuat kita merasa kuat. Warna ini mewakili rasa aman, komitmen dan kepercayaan. Coklat juga memberikan rasa hangat dan nyaman. Kerana sifatnya yang membumi, warna coklat sangat sesuai digunakan di ruang keluarga. Namun agar tidak kelihatan gelap, kita mesti mengkombinasikan warna coklat dengan perabot yang berwarna terang.
Pintu masuk juga sangat tepat jika diberi warna coklat kerana memberi kesan menyambut tetamu. Warna coklat juga menimbulkan kesan kepercayaan dan komitmen. Ruang kerja juga sesuai dengan warna coklat. Suasana hati boleh menjadi lebih tenang kerana warna coklat memberikan kesan aman dan kuat.
Respon Psikologi: Tanah/Bumi, Reliability, Keselesaan, Daya Tahan.

Ungu
Warna ungu member ketenangan dan menyejukkan. Seringkali dikaitkan dengan kesan yang berhubungan tentang wawasan yang luas, martabat, kehormatan, intuisi, dan sejahtera bahkan kesan anggun. Pengaruh warna ini dapat menginspirasikan fikiran dan membuat hati lebih tenang. Kerana sifatnya yang tenang dan menyejukkan, ruang kerja dan ruang tidur sangat sesuai jika diberi warna ungu. Sebaliknya warna ungu tidak tepat untuk ruang tempat beraktiviti. Yang unik, warna ungu sangat sesuai untuk anda yang sedang menjalani diet kerana mampu mengurangi rasa lapar. Warna ungu juga sesuai untuk mengawal rasa marah dan boleh menenangkan hati.
Respon Psikologi: Spiritual, Misteri, Kebangsawanan, Transformasi, Kekasaran, Keangkuhan.

Biru
Warna biru sering dilambangkan sebagai warna yang melambangkan kejujuran, kesetiaan, harapan dan harmoni.
Cinta, spiritualisme, perlindungan dan kecantikan juga diwakili oleh warna ini. Kesan yang boleh dilihat dari penggunaan warna biru dirumah adalah ketenangan, ketenteraman dan kenyamanan. Sehingga kesannya dapat memperlambatkan denyutan jantung, menurunkan tekanan darah, menghilangkan stress, dan membuat kita dapat bernafas lebih dalam.
Selain itu, warna ini juga memperluas imaginasi dan menglancarkan komunikasi antara penghuni rumah. Kerana sifatnya yang nyaman dan boleh melancarkan komunikasi, warna biru sesuai untuk diterapkan di ruang keluarga dan kamar tidur. Selain tidur akan terasa lebih nyenyak, perbincangan dengan pasangan pun akan terasa lebih lancar dan tenang. Namun bila penggunaan warna biru berlebihan kita akan mengalami kesulitan untuk bangun dipagi hari. Selain itu, terlalu banyak warna biru boleh menimbulkan rasa malas dan terasing. Namun demikian penggunaan warna biru yang tepat boleh menghilangkan stress dan menenangkan suasana hati, biru boleh digunakan untuk menghilangkan rasa sakit.
Respon Psikologi: Kepercayaan, Konservatif, Keamanan, Tehknologi, Kebersihan, Keteraturan.

Hijau
Warna hijau sering kali dikaitkan dengan kehidupan, kesuburan, alamiah dan perlindungan. Warna hijau dikaitkan dengan objek natural seperti tumbuhan. Hijau sendiri mampu memberikan kesan sejuk pada mata sama seperti warna biru dan putih.
Hijau identik dengan warna moden, sangat mampu dalam menguatkan kesan futuristik dan kecanggihan teknologi.
Respon Psikologi: Alam, Sihat, Keberuntungan, Pembaharuan.

Kuning
Yang paling dominan dari warna kuning adalah sifatnya yang menyerlah. Kuning sangat identik dengan makna-makna kemuliaan, kemasyuran, kepercayaan diri. Kuning dilambangkan dengan matahari sehingga sering juga dikaitkan sebagai keindahan, kehangatan, dan ilmu pengetahuan.
Respon Psikologi: Optimis, Harapan, Filosofi, Ketidakjujuran, Pengecut (untuk budaya Barat), pengkhianatan.

Warna Hidup Anda..

Soal selidik di bawah akan membantu anda mengenali warna hidup anda. Pilih Ya atau Tidak Selamat mencuba..
1) Saya sentiasa mengambilkira akibat setiap tindakan yang saya buat.
2) Saya amat jarang untuk berasa belas kasihan.
3) Saya mahu tinggal dalam kehidupan yang bermakna.
4) Saya seorang yang tabah dan berusaha untuk mencapai matlamat saya.
5) Saya seorang yang bercita-cita dan berusaha untuk menjadikannya kenyataan.
6) Saya mahu memiliki sedikit magik dan misteri dalam hidup.
7) Saya seorang yang aktif dan sukakan perkara baru serta perubahan.

8) Setia hari saya menilai diri saya dan cuba untuk mengenali diri sendiri.
9) Saya gemar bersendirian.
10) Saya seorang yang dapat menerangkan dengan baik idea-idea saya.
11) Saya seorang yang tenang dan mengelak dari pergaduhan.

12) Saya bangga dengan apa yang saya buat dan cuba membuat yang terbaik.
13) Saya seorang yang bersemangat.
14) Saya gemarkan permainan yang mencabar.
15) Saya seorang yang spontan.

Warna hidup anda adalah biru – merah – kuning – hijau – ungu. Jom semak..

Biru
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 1,9 dan 11, anda memerlukan lebih ketenangan dalam hidup anda. Anda mungkin seorang yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk diri anda. Ini menyebabkan anda kurang bersemangat dan lebih kerap berasa kecewa dalam sesuatu situasi. Dengan menambahkan lebih banyak warna biru dalam persekitaran anda, menghasilkan perasaan yang lebih tenang yang akan mengseimbangkan hidup anda yang aktif. Biru bermain dengan perasaan anda supaya aktiviti anda lebih berfokus dan efektif dalam mencapai matlamat anda.


Merah
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 3, 7 dan 14, anda memerlukan lebih banyak tenaga dan action dalam hidup anda.
Anda mempunyai impian dan kemahuan tetapi anda kekurangan tenaga untuk merealisasikannya. Anda mungkin seorang yang bijak dengan bercita – cita tinggi tetapi anda kehilangan minat dan anda lebih tertarik kepada perkara lain. Tambahkan sedikit merah dalam hidup anda untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti dan tenaga. Merah adalah warna keghairahan.


Kuning
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 5, 10 dan 15, anda seorang yang kurang kreatif dan memerlukan lebih banyak tenaga intelektual dalam hidup anda. Anda mungkin adakalanya merasakan kekosongan. Anda mungkin seorang yang energetic tetapi pada penghujung hari anda merasakan anda tidak mendapat kepuasan daripada apa yang anda lakukan pada hari tersebut.
Anda merasakan hidup anda membosankan dan anda kehilangan fokus. Kuning akan meransang pemikiran anda dan membuatkan permainan hidup anda lebih menarik.


Hijau
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 2,4 dan 12, anda amat memerlukan keharmonian dalam hidup anda. Anda merasakan orang dan persekitaran di sekeliling anda adalah pelik. Anda juga mudah terpengaruh dengan orang lain dan ini akan memesongkan anda daripada pilihan anda sendiri. Ini menunjukkan anda kekurangan self respect dalam diri anda. Gunakan hijau untuk melahirkan keseimbangan, pembelajaran dan keharmonian. Hijau melambangkan kesuburan dan semulajadi. Anda perlu menyerlahkan kemampuan anda untuk belajar perkara yang baru dan mengseimbangkan arah hidup anda yang menentukan keinginan anda.


Ungu
Jika anda menjawab ‘Tidak’ untuk satu atau lebih bagi soalan 6, 8 dan 13, anda perlukan perasaan kerohanian yang lebih baik ke dalam hidup anda.
Anda merasakan kurang rehat, tidak lengkap dan tidak gembira. Anda mudah marah dan emosi. Kerohanian adalah asas kepada segala impian dan matlamat anda untuk menjadi kenyataan. Ia adalah asas kepada kebahagian yang berpanjangan. Ungu adalah warna yang sangat berkuasa.

Warna bunga??
Pernahkah anda menerima bunga daripada pasangan anda? Ini juga merupakan salah satu tingkahlaku bukan lisan yang ditunjukkan oleh pasangan anda dalam meluahkan perasaan mereka.
Hati anda mungkin sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.
Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Enam Warna Topi Berfikir

Enam warna topi berfikir telah diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono. Menurut Dr. Edward terdapat 6 warna topi khayalan. Cuma satu digunakan pada masa tertentu. Apabila satu topi digunakan, maka semua orang dalam satu kumpulan turut menggunakan warna topi yang sama. Ertinya, semua orang sedang berfikir dan berkomunikasi secara selari. Ini merupakan salah satu cara berkomunikasi yang efektif dalam mencari satu jalan penyelesaian yang strategik.

Topi Putih (mencari maklumat)
Digunakan untuk mendapatkan maklumat. Apakah maklumat yang ada? apakah maklumat yang tiada? Apakah maklumat yang diperlukan? Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat.


Topi Merah (perasaan)

Membolehkan individu bebas melahirkan perasaan, gerak hati dan emosi tanpa perlu memberikan perjelasan dan alasan. Topi merah meminta seseorang itu menyatakan perasaanya terhadap sesuatu perkara pada suatu ketika. Perasaan tetap wujud dalam satu perbincangan. Gerak hati mungkin berdasarkan pengalaman luas dalam sesuatu bidang atau perkara yang dibincangkan itu serta mungkin bermanfaat.

Topi Hitam (negatif)
Topi hitam menandakan awas atau berhati-hati yang menghalang kita daripada melakukan perkara yang sia-sia dan memudaratkan. Digunakan bagi menilai risiko yang patut diambil.

Topi Kuning (positif)
Individu yang memakai topi kuning berusaha untuk memikirkan aspek nilai dan manfaat sesuatu idea.

Topi Hijau (kreativiti)
Digunakan untuk mencari idea-idea baru dan mencipta kemungkinan. Topi hijau meransang tindakan dan menguji idea yang dimungkinkan.


Topi Biru ( kawalan)

Bertanggungjawab mengupas masalah yang dihadapi dan segala idea yang lahir dalam menanggani masalah. Juga menekankan hasil yang bakal lahir, kesimpulan, rumusan dan juga perkara yang bakal berlaku seterusnya.

Warna Dan Budaya

Tahukah anda setiap warna melambangkam maksud tertentu bagi budaya yang berlainan. Berikut merupakan antara maksud warna – warna tertentu bagi budaya berlainan.

Merah
China: Good luck, celebration, summoning
• Cherokees: Success, triumph
India: Purity
South Africa: Color of mourning
Russia: Bolsheviks and Communism
• Eastern: Worn by brides
• Western: Excitement, danger, love, passion, stop, Christmas (with green)

Oren
Ireland: Religious (Protestants)
• Western: Halloween (with black), creativity, autumn

Kuning
China: Nourishing
Egypt: Color of mourning
Japan: Courage
India: Merchants
• Western: Hope, hazards, coward


Hijau
China: Green hats indicate a man's wife is cheating on him, exorcism

India: Islam
Ireland: Symbol of the entire country
• Western: Spring, new birth, go, Saint Patrick's Day, Christmas (with red)


Biru
• Cherokees: Defeat, trouble
Iran: Color of heaven and spirituality, mourning
• Western: Depression, sadness, conservative, corporate, "something blue" bridal tradition

Ungu
Thailand: Color of mourning (widows)
• Western: Royalty


Putih
Japan: White carnation symbolizes death
• Eastern: Funerals
• Western: Brides, angels, good guys, hospitals, doctors, peace (white dove)

Hitam
China: Color for young boys
• Western: Funerals, death, Halloween (with orange), bad guys, rebellion

Senarai Rujukan

    • http://library.thinkquest.org/07aug/02208/4.htm
    • http://crystal-cure.com/color-quiz.html
    • http://webdesign.about.com/od/colorcharts/l/bl_colorculture.htm
    • http://www.colormatters.com/culturematters.htm
    • http://www.colorguides.net/color_culture.html
    • http://www.infoplease.com/spot/colors.html

Kesimpulan

Warna memang memainkan peranan yang penting dalam berkomunikasi. Lihat sahaja maksud warna yang berbeza bagi setiap budaya. Betapa uniknya warna itu sendiri namun awas kerana jika kita tersalah menginterpretasi warna dalam sesuatu budaya bolah mengakibatkan salah faham berlaku dan ini merupakan halangan kepada komunikasi yang efektif. Justeru penting kepada kita untuk mengetahui serba sedikit tentang budaya orang lain agar memudahkan komunikasi berlaku. Kesimpulannya, warna itu memang menarik dan ntidak dapat dipisahkan dalam kehidupan.