CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Enam Warna Topi Berfikir

Enam warna topi berfikir telah diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono. Menurut Dr. Edward terdapat 6 warna topi khayalan. Cuma satu digunakan pada masa tertentu. Apabila satu topi digunakan, maka semua orang dalam satu kumpulan turut menggunakan warna topi yang sama. Ertinya, semua orang sedang berfikir dan berkomunikasi secara selari. Ini merupakan salah satu cara berkomunikasi yang efektif dalam mencari satu jalan penyelesaian yang strategik.

Topi Putih (mencari maklumat)
Digunakan untuk mendapatkan maklumat. Apakah maklumat yang ada? apakah maklumat yang tiada? Apakah maklumat yang diperlukan? Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat.


Topi Merah (perasaan)

Membolehkan individu bebas melahirkan perasaan, gerak hati dan emosi tanpa perlu memberikan perjelasan dan alasan. Topi merah meminta seseorang itu menyatakan perasaanya terhadap sesuatu perkara pada suatu ketika. Perasaan tetap wujud dalam satu perbincangan. Gerak hati mungkin berdasarkan pengalaman luas dalam sesuatu bidang atau perkara yang dibincangkan itu serta mungkin bermanfaat.

Topi Hitam (negatif)
Topi hitam menandakan awas atau berhati-hati yang menghalang kita daripada melakukan perkara yang sia-sia dan memudaratkan. Digunakan bagi menilai risiko yang patut diambil.

Topi Kuning (positif)
Individu yang memakai topi kuning berusaha untuk memikirkan aspek nilai dan manfaat sesuatu idea.

Topi Hijau (kreativiti)
Digunakan untuk mencari idea-idea baru dan mencipta kemungkinan. Topi hijau meransang tindakan dan menguji idea yang dimungkinkan.


Topi Biru ( kawalan)

Bertanggungjawab mengupas masalah yang dihadapi dan segala idea yang lahir dalam menanggani masalah. Juga menekankan hasil yang bakal lahir, kesimpulan, rumusan dan juga perkara yang bakal berlaku seterusnya.